Tuesday, March 8, 2016

MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN GURU SAINS

IBM & UPSI MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN GURU SAINS DALAM USAHA UNTUK MENAMBAH BAIK PENGUASAAN SUBJEK STEM SEKOLAH DI MALAYSIA

IPOH, 10 Mac 2016: Lebih 300 guru di Perak akan mendapat manfaat berikutan MY Teachers TryScience di masukkan dalam sukatan pelajaran subjek Sains dan Matematik.
MY Teachers TryScience direka bentuk berdasarkan IBM Teachers TryScience, satu sumber dalam talian yang mengandungi 150 rancangan pengajaran dan pembelajaran, yang direka untuk para guru membuat dan menyesuaikan bahan-bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pembelajaran berasaskan reka bentuk ini bertujuan untuk mengubah budaya lama sesebuah kelas, di mana teknik yang digunakan adalah secara menghafal dan pengajaran berdasarkan buku teks. Projek ini diharapkan dapat mengubah tradisi tersebut kepada penggunaan kerja amali untuk memahami teori-teori saintifik dan konsep-konsep berkaitan.
Setiap rancangan mengandungi projek uji kaji secara langsung yang membolehkan para guru memperoleh mata. Pendaftaran adalah percuma dan para guru dialu-alukan untuk meneliti kandungan yang sedia ada. Para guru juga boleh berkongsi maklumat-maklumat yang mereka sedia ada.

0 comments:

Post a Comment